Jenama HotForex: Menghulurkan bantuan di seluruh dunia

HotForex komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan menghulurkan bantuan bagi setiap peluang yang ada. Membantu komuniti setempat melalui sumbangan amal atau inisiatif sosial lain merupakan sebahagian daripada usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan dan kakitangan HotForex.

Contoh-contoh usaha kami adalah seperti yang disenaraikan di bawah



Supporting Local Community

Supporting Local Community

The HotForex team made some kids smile and helped them celebrate the 2017 festive season in the best way possible. Toys and presents were donated to various charitable organizations and healthcare facilities located throughout the company’s home town of Larnaca.

These were the children’s ward of Larnaca General Hospital, the Convent of Sisters of St. Joseph of the Apparition, the Aradippou Mental Health Support Association and the Larnaca District Volunteerism Coordinating Council.



Yayasan Kanak-Kanak Sophia (Sophia Foundation for Children)

Sophia Foundation

Selaras dengan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial dan membantu pergerakan amal, HotForex telah menyumbangkan sejumlah dana yang besar kepada Yayasan Kanak-Kanak Sophia untuk acara pengumpulan dana dan majlis makan malam gala yang diadakan di Presidential Palace di Nicosia. Pasukan pengurusan HotForex telah turun padang untuk menghulurkan sumbangan tersebut kepada wakil Yayasan berkenaan.

Yayasan Kanak-Kanak Sophia telah ditubuhkan pada tahun 2008 oleh sukarelawan warga Cyprus dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan. Yayasan ini disasarkan untuk membantu kesihatan pemakanan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan kanak-kanak di Kenya. Yayasan Sophia turut menggunakan wang tajaan untuk menyokong usaha mereka dalam menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim Piatu Makarios, bagi membantu membasmi kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.



SOS Children's Villages

Ditubuhkan pada tahun 1949, Perkampungan Kanak-Kanak SOS (SOS Children's Villages) merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan bebas yang komited untuk menyumbang kepada pergerakan yang layak. Dengan visi bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk memiliki keluarga dan membesar dengan penuh kasih sayang, rasa hormat dan selamat, organisasi ini menyediakan penjagaan jangka panjang, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kepada kanak-kanak terbiar dari 133 negara, termasuk Mauritius.

Dengan komitmen HotForex yang berterusan dalam menghulurkan sumbangan terhadap pergerakan yang memberi impak besar terhadap komuniti setempat, satu sumbangan amal akan diberikan terhadap Perkampungan Kanak-Kanak SOS cawangan Mauritius, sekiranya HotForex dapat mengekalkan keyakinan kukuh di Mauritius. HotForex yakin bahawa sumbangan amal ini akan membantu meneruskan inisiatif luar biasa ini serta menyokong kanak-kanak yang memerlukan di Mauritius.



Kelab Putaran (The Rotary Club)

rotary

Dengan lebih daripada 34,000 kelab di seluruh dunia, serta 1.2 juta ahli yang tidak pernah jemu membasmi kebuluran, menyediakan bekalan air bersih, membasmi polio, memperbaiki status kesihatan dan kebersihan, serta menyokong pendidikan dan latihan pekerjaan. Untuk organisasi terkemuka seperti HotForex, sememangnya sumbangan ini merupakan pilihan tepat untuk mereka lakukan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam komuniti setempat di Larnaca, Cyprus; lokasi ibu pejabat HotForex di Eropah.

Bagi menyampaikan sumbangan tersebut, satu majlis telah diadakan yang melibatkan Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Cyprus, Encik Tasos Mitsopoulos.



Palang Merah

RedCross

Pertubuhan amal Palang Merah yang terkemuka di dunia telah dikejutkan dengan sumbangan bagi pihak HotForex. Sumbangan amal tersebut adalah berteraskan usaha luar biasa dan konsistensi yang dipamerkan oleh badan amal tersebut untuk memperbaiki semua aspek dalam kehidupan manusia.

Dengan kira-kira 97 juta sukarelawan dan kakitangan di seluruh dunia, Palang Merah telah menyampaikan sumbangan yang menyelamatkan nyawa jutaan manusia, dan kini diakui secara rasmi oleh HotForex sebagai layak untuk mendapat bantuan kewangan. HotForex dan Palang Merah akan mewujudkan usaha sama bagi membentuk sebuah ikatan kukuh, dalam membina program tanggungjawab sosial korporat yang lebih hebat di sekitar HotForex.



Unicef

HotForex terus menjayakan kerja yang dijalankan oleh organisasi amal terkemuka antarabangsa dengan sumbangan terbarunya kepada tabung UNICEF.
UNICEF dikenali di seluruh dunia atas usaha murni mereka dalam bidang:

  • Keberlangsungan dan pembangunan kanak-kanak
  • Pendidikan asas dan kesamaan gender
  • Kanak-kanak dan HIV/AIDS
  • Perlindungan kanak-kanak

Pasukan HotForex dengan sebulat suara yakin bahawa ini merupakan sebuah organisasi yang layak untuk mendapat bantuan kewangan daripada kami.

Berdagang Forex dan CFD adalah berisiko

Analisis Terkini HotForex

Loading latest analysis...

about