HotForex Masa Dagangan

Waktu dagangan dibuka bagi Platform Metatrader HotForex untuk instrumen Pertukaran Asing ialah antara Isnin 00:00:51 dan Jumaat 23:59:59 Waktu Pelayan. Sila maklum bahawa Waktu Pelayan tertakluk pada Waktu Jimat Siang (DST), yang bermula pada hari Ahad terakhir dalam bulan Mac dan berakhir pada hari Ahad terakhir dalam bulan Oktober. Waktu Pelayan: Musim Sejuk: GMT+2, Musim Panas: GMT+3 (DST)

Sejurus sebelum dibuka, Kaunter Pelaksanaan akan menyusun semula kadar untuk menunjukkan harga pasaran semasa sebagai persediaan untuk dibuka. Pada masa ini, perdagangan dan pesanan yang ditahan pada hujung minggu adalah tertakluk kepada pelaksanaan. Sebut harga pada masa ini tidak boleh dilaksanakan untuk pesanan pasaran baru. Selepas dibuka, pedagang boleh meletakkan perdagangan baru dan membatalkan atau mengubah pesanan yang sedia ada.

Sila ambil perhatian bahawa dalam tempoh beberapa jam pertama selepas dagangan dibuka, pasaran cenderung untuk menjadi lebih lembap daripada biasa sehinggalah sesi pasaran Tokyo dan London bermula. Pasaran-pasaran lembap ini boleh mengakibatkan spread yang lebih luas dan boleh meningkatkan kemungkinan pesanan dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada harga yang diminta kerana terdapat kurang pembeli dan penjual. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh fakta bahawa untuk beberapa jam pertama selepas dibuka, ia masih waktu hujung minggu di kebanyakan negara di dunia.

Perdagangan dan pesanan yang ditahan pada hujung minggu adalah tertakluk kepada pelaksanaan pada harga pasaran akan datang berdasarkan kepada kecairan yang ada. Selepas dibuka, pedagang boleh meletakkan perdagangan baru dan membatalkan atau mengubah pesanan yang sedia ada.


Perdagangan Forex dan CFD adalah berisiko

HotForex Latest Analysis

Loading latest analysis...

products