HotForex Trading Central

HotForex menawarkan laporan Analisis Teknikal khas daripada Trading Central yang terkemuka dalam industri. Laporan analisis teknikal meliputi pelbagai kelas aset seperti Forex, Indeks dan Komoditi. Klien akan turut memperoleh manfaat daripada pelbagai jenis laporan berdasarkan penanda teknikal yang berbeza, termasuk berbilang rangka masa yang ideal untuk dagangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Akses tanpa had tersedia sepenuhnya untuk semua klien akaun Langsung yang aktif dengan baki akaun minimum sebanyak USD 500. HotForex turut membekalkan klien dengan peluang untuk menerima surat berita Analisis Teknikal yang cukup berharga, yang dibekalkan oleh Trading Central setiap hari.

Penyelidikan kewangan yang dikeluarkan Oleh Trading Central adalah bebas, dan selari dengan minat pelabur malah bebas dari sebarang konflik perbankan pelaburan.

Manfaat lain Trading Central termasuklah:

  • Dikawal selia oleh AMF (Autorité des Marchés Financiers), Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran A.S. (SEC) serta Suruhanjaya Sekuriti dan Dagangan Masa Hadapan yang beribu pejabat di Hong Kong (SFC).
  • Antara muka intuitif yang menunjukkan tahap teknikal dan sasaran harga
  • Ulasan dan analisis dalam berbilang bahasa
  • 16 tahun pengalaman dalam industri dan terkenal di seluruh dunia dengan pejabat di Paris, London, New York dan Hong Kong.

Dapatkan akses sekarang

Untuk akses kepada laporan analisis teknikal masa nyata melalui portal web Trading Central, anda hanya perlu membuat permintaan sekali sahaja dan kami akan menghantar butiran log masuk untuk akses langsung kepada perkhidmatan premium ini kepada anda. Klien yang ingin menerima surat berita Analisis Teknikal harian (Isnin - Jumaat) juga boleh mengaktifkan perkhidmatan ini dengan memilih pilih yang berkenaan pada skrin.

Sila ambil maklum bahawa akses kepada perkhidmatan ini memerlukan anda untuk mempunyai baki sekurang-kurangnya USD 500

Hanya log masuk ke myHotForex, Klik pada Trading Central dan gunakan perkhidmatan pilihan anda.

Jika anda belum ada Akaun Live tetapi ingin memanfaatkan sepenuhnya alat dan faedah alat dagangan kami, termasuk Analisis Teknikal Pusat Dagangan, buka Akaun Live sekarang.


Video untuk Analisis Trading Central



tools